‘Social Marketplace’ – Membina Harapan Komuniti

Social Marketplace di Malaysia

Konsep baru yang menawarkan harapan baru untuk membina kemakmuran bersama dalam komuniti. Soalan cepumas :  Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kemakmuran bersama’?

 

INDIVIDUALISTIK vs. KEMAKMURAN BERSAMA

Anda perasan tak, semua model ekonomi yang ada di sekeliling anda adalah berasas kepada ‘individuality’?

Contoh :  Di Facebook memang anda ‘bersama’ di satu rangkaian sosial TETAPI apa yang anda tidak perasan?

Nak beriklan, anda kena keluar duit sendiri dan beriklan sendiri untuk bisnes anda sendiri. SENDIRI, SENDIRI & SENDIRI.

 

WHAT THE HECK

Okay, so ‘what the heck’ dengan isu SENDIRI ni?

Jawab soalan ini, untuk memahami konteks…

Kalau sendiri, berapa orang yang mempunyai kekuatan? Kekuatan sumber tenaga. Kekuatan modal. Kekuatan kepakaran. Kekuatan copywriting. Dan pelbagai macam lagi kekuatan.

Tak ramai kan?

 

KESAN INDIVIDUALISTIK

Individualistik menyebabkan golongan yang ramai lemah di dalam ekonomi.

Kelemahan tersebut pula menyumbang kepada ketidaksamarataan di dalam penguasaan ekonomi.

Sebagai contoh, hanya sekelompok kecil sahaja yang menjadi golongan penjual dan sekelompok yang besar pula hanya menjadi pembeli.

Maka, kesannya adalah – tak ramai atau hanya sekelompok yang memang mempunyai kekuatan modal dan jaringan sedia ada yang boleh membina kekuatan ekonomi.

Bila tidak ramai, maka kita tidaklah bercerita tentang kemakmuran bersama.

 

INDIVIDUALISTIK TIDAK MENYUMBANG KEPADA KEKUATAN EKONOMI

Setelah berjaya dengan kekuatan ‘sendiri’ maka anda pun membeli Mustang sebagai manifestasi kejayaan anda kepada yang lain.

Masalahnya, Mustang tersebut, faedahnya hanyalah untuk anda seorang.

Itupun mungkin untuk dipandu pada hujung minggu. Untuk urusan seharian seperti nak ke pasar, mungkin bawa kereta Proton Saga kerana takut calar.

 

VISI MIMMO & SENANGSHOP

Membina kemakmuran bersama melalui Social Commerce yang dilaksanakan di platform Social Marketplace.

Kita ingin melihat proses pertukaran nilai iaitu ekonomi berlaku secara lebih seimbang.

 

 

Leave a Reply

Main Menu