Memperkenalkan Store SenangShop – Online Store Untuk Komuniti

Online store untuk komuniti

Di pasaran dah ada bermacam-macam online store. Ada Shopee, Lazada, Zalora dan bermacam-macam lagi. Kenapa nak buat lagi?

 

KENAPA PERLU ADA STORE SENANGSHOP?

Semua online store yang ada di pasaran menggunakan konsep individuality. Konsep individuality asasnya adalah Laissez-faire atau mudah disebut kapitalis.

Kapitalis pula, untuk pemahaman mudahnya, adalah kelompok kecil menguasai kelompok besar yang tidak bersatu.

Ini terbukti apabila aset dan kekayaan di muka bumi pada hari ini hanya dikuasai oleh kelompok yang bersaiz sekitar 1% daripada populasi.

Sedangkan sebelah kelompok yang ramai pula makan pun ramai yang tak lepas. Hidup kais pagi makan pagi.

 

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG, BEGITU JUGA BUKAN SALAH KAPITALIS

Adakah masuk akal kita menyalahkan singa dan harimau kerana memangsakan kambing atau lembu?

Nope! Kelompok yang besar ini terpaksa menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak bersatu.

Jika bersatu, singa dan harimau pun pasti pupus atau menukar diet kepada makan rumput menggantikan daging.

Tinggalkan Balasan

Main Menu