Peniaga Kecil Wajib Bekerjasama Berniaga Di Platform Komuniti?

Peniaga kecil wajib bekerjasama

Jika anda adalah peniaga skala nano, mikro & kecil, anda mungkin biasa mendengar Shopee, Lazada dan sebagainya.

Ya, betul! Trafik pengguna di Shopee & Lazada tinggi melangit.

Hampir semua rakyat Malaysia membeli di Shopee & Lazada. So apa isunya?

 

HARAPAN YANG SELALU KECUNDANG

Oleh kerana trafik di platform tersebut adalah super tinggi, maka ramailah peniaga yang ‘berkerumun’ di platform tersebut.

Ramai yang mencuba nasib. Mencuba dengan penuh harapan agar online store mereka di platform tersebut akan mendapat jualan yang banyak.

Ye lah, logiknya, pasti mudah sahaja untuk online store anda menjana jualan dengan trafik tinggi sebegitu.

Bagaimanapun, anda jangan terkejut.

Jangan terkejut, jika anda adalah salah seorang pemilik online store di platform itu yang tergolong di dalam golongan yang kecewa. Hakikatnya, ramai yang kecewa.

 

OH TIDAK, ONLINE STORE SAYA SEKARANG JUALAN DAH BANYAK

Okay, mungkin ada yang berkata bahawa online store mereka mendapat jualan tinggi di platform tersebut.

Bagaimanapun, apa yang mereka tidak sedar, jualan yang dikatakan tinggi itu hanyalah sekadar picisan di dalam pecahan nilai ekonomi sebenar.

Bahkan hakikatnya hanyalah sekadar cukup makan dan mungkin ada lebih sedikit.

Tetapi anda terpaksa mengeluarkan kos promo iklan yang tinggi untuk terus dapat menumpang trafik. Anda menumpang trafik milik orang.

Dan, sekali lagi, ini adalah bersifat individualistik.

Berapa kerat sangat yang mampu.

 

PENGHUJUNGNYA

Akhirnya, anda tetap akan terus terpaksa membayar ‘pinjaman trafik’ dan ekonomi kelompok yang ramai akan terus terikat dengan ‘hutang’ trafik atau penggantungan berterusan kepada trafik orang dan sampai kiamat kelompok yang ramai tidak akan mampu menguasai atau membina kekuatan ekonomi.

 

JAWAPAN

Kita perlu berubah! Berubah minda! Berubah model! Berubah cara!

 

KELOMPOK YANG RAMAI TIDAK AKAN MAMPU BERSATU

Ada yang berkata, kelompok yang ramai ini sampai bila-bila tidak akan mampu bersatu.

Ya betul! Kami amat bersetuju!

 

TETAP ADA CARA

Bagaimanapun, percayalah, pasti ada jalan!

Tanpa perlu menunggu kelompok yang ramai ini bersatu!

Kerana itu kami melaksanakan inisiatif MIMMO.

Kaedah berbeza! Tidak perlu menunggu kelompok yang ramai bersatu.

 

BAGAIMANA?

Kaedah dan model yang akhirnya akan memaksa kelompok yang ramai bersatu sama ada secara rela atau terpaksa.

Tinggalkan Balasan

Main Menu