No products in the cart.
Cara Lebih Kreatif Memasarkan Produk Home-Made Anda
Jika sekadar nak menghasilkan produk home-made atau produk dari rumah itu mudah. Tidak kiralah sama ada produk makanan, kraftangan, produk digital dan sebagainya. Cabaran utama adalah bab pemasaran atau marketing.
Pasaran Produk Home-Made Di Malaysia Bagus Tak?
- Umumnya, segmen pelanggan bagi home-made products di Malaysia adalah besar. Lebih tepat, pasaran ini sangat besar.
Saiz pasaran dari segi potensi adalah massive (besar)
- Bayangkan, di setiap pelusuk negara, negeri, daerah, pekan dan perumahan, terdapat ramai pelanggan yang berpotensi.
- Expectation pengguna di dalam pasaran produk home-made adalah mudah. Mereka tidak mengharapkan atau tidak akan menjangkakan anda sebagai usahawan cottage industry untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi atau kereta versi baru. It’s so simple.
Produk home-made sebahagian daripada gaya hidup harian, mingguan, bulanan atau tahunan pengguna
- Bayangkan saja produk harian seperti makanan atau tahunan seperti untuk majlis dan hadiah hari jadi. Ini adalah sebahagian daripada kehidupan pelanggan anda.
- Rakyat Malaysia adalah generous atau mempunyai tahap murah hati yang tinggi. Mereka pasti akan memberikan sokongan kepada anda.
Rakyat Malaysia murah hati
- Jika tidak kerana faktor kesedaran untuk menyokong local business pun, mereka memang rela hati cuba memberikan sokongan kepada anda.
Apa pun alasannya, mereka tetap akan sokong perniagaan anda
Tapi kenapa hampir 90% (peratus) pengusaha atau usahawan produk dari rumah atau cottage industry secara kasarnya melingkup dalam masa setahun?
Kenapa Kadar Melingkup Bisnes Produk Home-Made Tinggi?
Ini persoalan yang akan dijawab di dalam kemaskini selanjutnya.