Kolaborasi PPIM & SenangShop Untuk 3M Commerce Network

Jika anda adalah pengilang atau pengeluar produk Muslim, anda patut ambil maklum bahawa PPIM telah memulakan kerjasama bersama SenangShop untuk inisiatif 3M Commerce Network.

Jom kita lihat lebih lanjut tentang apa itu 3M Commerce Network serta bagaimana kilang atau ladang anda boleh mendapat manfaat.

 

PPIM 3M Commerce Network

3M – Malaysia | Muslim | Manufacturer

Tanpa perlu diperkenalkan dengan panjang lebar, PPIM adalah satu organisasi yang hebat dan komited di dalam memelihara hak kepenggunaan bagi umat Islam di Malaysia.

Di Malaysia, kita bertuah kerana mudah mendapatkan produk “halalan toyyiban” kerana Malaysia sudah mempunyai sistem persijilan halal yang kemas dan diyakini ramai.

Bagaimanapun, PPIM ingin pergi lebih jauh.

Ianya bukan lagi sekadar mudah mendapatkan produk “halalan toyyiban” tetapi turut memberikan sokongan kepada pembangunan ekonomi Islam.

Ini bermakna, PPIM ingin membantu menggalakkan pembangunan industri di kalangan usahawan Muslim di Malaysia tanpa mengira batasan kaum.

Hasil dari cetusan inspirasi ini serta peluang kolaborasi bersama SenangShop, maka lahirlah inisiatif PPIM 3M Commerce Network.

 

Info Lanjut PPIM 3M Commerce Network

Inisiatif ini masih di peringkat awal, namun ketika ini, kerja-kerja persediaan sedang giat dan agresif dilaksanakan secara kolektif di antara pasukan PPIM dan SenangShop.

Sekiranya anda adalah pengilang atau pengeluar produk Muslim, terutamanya bagi ahli sedia ada PPIM, anda boleh berhubung dengan PPIM untuk info lanjut.

Sila berhubung dengan Cikgu Idham untuk info penyertaan.

Leave a Reply

Main Menu